Katarak Dan Rawatannya

Apakah itu katarak?

Katarak adalah apabila kanta di dalam mata menjadi putih atau kekuningan akibat faktor penuaan atau faktor-faktor lain . Semasa muda atau semasa kanak-kanak , kanta mata ini berada di dalam keadaan jernih, jadi ia amat membantu dalam memfokuskan cahaya ke atas retina, yang membolehkan kita mendapat penglihatan mata yang sempurna.

Apabila kita semakin berusia, kanta ini menjadi semakin putih atau kuning, disebabkan pengumpulan protein di dalamnya. Inilah yang menyebabkan terjadinya katarak.

Selain faktor penuaan, apakah faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan katarak? 
Katarak terbahagi kepada dua iaitu primary atau secondary cataract. 

Primary cataract adalah yang disebabkan oleh faktor penuaan.
Secondary cataract adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain contohnya kecederaan atau trauma, radang atau inflammation dan ubatan-ubatan contohnya steroid. Steroid ini boleh jadi diberikan oleh doktor untuk rawatan penyakit contohnya pesakit rheumatoid, atau boleh juga dari sumber yang diketahui pesakit contohnya herba-herba, majun dan jamu. Maka sangat penting untuk orang ramai mengelakkan mengambil ubat-ubatan atau supplemen yang tidak diketahui isi kandungannya.

Selain itu secondary cataract juga boleh disebabkab oleh kencing manis, terutamanya jika tidak terkawal. Jika orang biasanya mendapat katarak pada usia 60-70 tahun, pesakit kencing manis yang tidak terkawal, boleh mendapat katarak seawall usia 40 tahun.

Selain orang dewasa, adakah kanak-kanak juga boleh menghidap katarak? Apakah sebab-sebabnya?

Ya, selain orang dewasa dan warga emas, kanak-kanak dan bayi juga boleh menghidap katarak. Bayi yang menghidap katarak disebut sebagai congenital cataract, dan kanak-kanak pula disebut developmental cataract. Ada di kalangan kanak-kanak ini menghidap katarak akibat keturunan, mungkin ada ayah atau ibu mereka yang membawa kromosom atau genetic katarak ini. Ada juga di kalangan bayi ini yang mempunyai masalah kesihatan seperti Downs Syndrome, galactossemia dan sebagainya, yang menyebabkan mereka lebih mudah mendapat katarak berbanding kanak-kanak lain.

Jika katarak di kalangan kanak-kanak ini mengganggu penglihatan mereka, mereka juga perlu menjalani pembedahan katarak , seperti orang dewasa. 

Berapa ramaikah di kalangan rakyat Malaysia yang menghidap katarak? 
Menurut statistik 1.2 % daripada rakyat Malaysia iaitu 30 juta menghidap katarak. 50-60% dari pesakit di Lembah Klang mendapatkan rawatan, tetapi di kawasan yang lebih pedalaman contohnya di Sabah dan Sarawak, hanya 10-20% sahaja yang mendapatkan rawatan. 


Bilakah katarak perlu dibedah? 
Katarak perlu dibuang sekiranya kekurangan penglihatan menjejaskan aktiviti harian pesakit seperti memandu, membaca atau menonton TV. Di peringkat awal katarak, penangguhan pembedahan tidak akan menyebabkan kerosakan jangka panjang pada mata atau membuatkan pembedahan menjadi sukar.

Ada juga keadaan di mana pesakit dinasihatkan untuk menjalani pembedahan katarak untuk memudahkan beliau menjalani pemeriksaan dan rawatan yang memerlukan media yang lutsinar, seperti kes-kes glaukoma, uveitis, rawatan laser dan saringan retinopati kencing manis.

Gambar-gambar menunjukkan katarak yang tebal

Katarak matang (Kanta legap di belakang anak mata)


Gambar-gambar menunjukkan masalah berkaitan katarak

Katarak matang yang tidak dirawat, terkeluar dari kedudukan asal.


Gambar menunjukkan mata selapas pembedahan katarak

Kanta intraocular di bahagian belakang anak mata

Tanda & Gejala Katarak
Gejala yang biasa dialami oleh pesakit katarak termasuk:

  • Kabur penglihatan tetapi pesakit tidak merasa sakit 
  • Silau terutamanya ketika memandu pada waktu malam dan jika hari hujan, lampu kenderaan atau lampu jalan raya kelihatan “pecah”
  • Kerap menukar preskripsi cermin mata.
  • Warna kelihatan pudar

Komplikasi
Katarak yang belum matang hanya perlu dibedah sekiranya ia mengganggu aktiviti harian. Walaubagaimanapun, katarak yang sudah matang perlu dibedah secepat mungkin sebelum terjadinya komplikasi-komplikasi seperti glaukoma atau radang mata yang berlaku akibat katarak yang terlalu matang. Keadaan ini boleh menyebabkan kebutaan kekal (tidak boleh dipulihkan).

Rawatan
Sekiranya sedikit sahaja penglihatan terjejas, pembedahan tidak perlu dilakukan. Kadangkala dengan hanya menukar preskripsi cermin mata , ia sudah dapat membantu pesakit melihat dengan lebih baik untuk sementara waktu. Sehingga hari ini, tiada ubat-ubatan, ubat titis mata, senaman atau cermin mata yang boleh mengubati katarak. Hanya pembedahan sahaja yang boleh merawat katarak. Usah terpedaya dengan janji manis penjual ubat-ubatan di media sosial.

Semasa pembedahan katarak, kanta mata yang berselaput dikeluarkan dari mata . Dalam kebanyakan kes, kanta yang asli ini akan digantikan dengan kanta implan intraokular (IOL) yang kekal.

Apakah kaedah-kaedah pembedahan katarak?
Pembedahan katarak pada masa kini adalah mencapai tahap kejayaan 95% iaitu hampir semua pesakit yang menjalani pembedahan tidak mengalami apa-apa komplikasi.

Terdapat dua jenis pembedahan iaitu:

  1. ECCE : Extra Capsular Cataract Extraction. Cara ini adalah cara konvensional dan digunakan untuk pesakit yang tidak sesuai untuk menjalani phacoemulfisication contohnya katarak sudah terlalu keras. Pembedahan ini akan memerlukan jahitan sebanyak 4 hingga 5 jahitan dan ia perlu dibuang selepas 6 minggu. Recovery atau pemulihan akan mengambil masa yang lebih panjang berbanding cara moden, tetapi pesakit boleh mendapat penglihatan mata yang jelas juga.
  2. Phacoemulsification – Ringkas dan selamat, mengambil masa 20 minit sahaja. Pembedahan ini dijalankan dalam keadaan pesakit sedar, ubat bius akan diberikan pada kawasan mata sahaja. Insisi atau potongan pada kornea sebesar 2.2mm sahaja akan dibuat. Pembedahan ini akan dilakukan dibawah kuasa mikroskop canggih.  Sebuah alat atau mesin khas iaitu phacoemulsification akan digunakan utuk mencairkan kanta dengan menggunakan kuasa ultrasound, dan kemudian kanta tiruan akan diletakkan di dalam beg di dalam mata pesakit. Pemulihan adalah lebih pantas, iaitu dalam masa 2 minggu sahaja, dan biasanya tiada ada jahitan akan dibuat.