Loader
BOOK AN APPOINTMENT
MSU
SUNTIKAN SENDI LUTUT DENGAN ‘HYALURONIC ACID’

Suntikan Sendi Lutut Dengan ‘Hyaluronic Acid’


Pernahkah anda mendengar berkenaan suntikan lutut? Tambah minyak atau tambah gel? Atau adakah anda pernah menjalani suntikan ini? Berikut adalah penerangan ringkas berkaitan suntikan gel atau dalam istilah perubatan dipanggil ‘hyaluronic acid’.

Apakah itu Hyaluronic Acid?

Hyaluronic acid adalah sejenis bahan yang dibentuk oleh badan dan terdapat di dalam cecair sendi. Ianya berfungsi sebagai pelincir bagi melancarkan pergerakan sendi. Apabila seseorang mengalami osteoartritis, kuantiti ‘hyaluronic acid’ ini akan berkurangan dan mengakibatkan kesukaran untuk mereka menggerakkan sendi yang berkenaan.

Bagaimanakah untuk mengesan sekiranya seseorang itu mengalami osteoartritis peringkat awal atau sederhana teruk?

Pakar Ortopedik akan mencadangkan suntikan ini kepada anda. Mereka yang bergejala seperti berikut adalah sesuai untuk mengambil suntikan ini seperti:

Bagaimanakah suntikan ini dilakukan? 

​​​​​​​

Pesakit akan berbaring di atas katil dan lutut akan dibengkokkan sedikit. Bahagian lutut akan dicuci dengan cecair ‘povidone iodine’, suntikan ubat bius serta suntikan ‘hyaluronic acid’ akan dilakukan. Keseluruhan proses ini hanya mengmbil masa tidak melebihi 10 minit. Selepas suntikan, pesakit akan dinasihatkan untuk berehat selama 24 jam sebelum kembali meneruskan tugasan harian mereka.

Kesan suntikan Hyaluronic Acid

Terdapat hasil kajian yang menunjukkan bahawa suntikan ‘hyaluronic acid’ boleh mengurangkan kesakitan pada sesetengah pesakit. Ini dapat mengurangkan kebergantungan pesakit terhadap ubat-ubatan penahan sakit yang sememangnya diketahui mempunyai banyak kesan sampingan sekiranya diambil untuk jangkamasa berpanjangan.

Walaupun suntikan ini tidak merawat osteoartritis sepenuhnya, tetapi ia dapat membantu memberikan kelegaan dan memanjangkan tempoh pesakit perlu menjalani pembedahan penggantian sendi atau TKR.


NOTA PENTING!

Kepada mereka yang menghidap osteoartritis terutama yang masih di peringkat awal, segera untuk berjumpa dengan Pakar Ortopedik bagi mendapatkan khidmat perundingan dan rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan keadaan lutut anda menjadi bertambah teruk. Suntikan ‘hyaluronic acid’ ini akan dapat mengurangkan kesakitan dan anda akan dapat menjalani aktiviti seharian dengan lebih produktif tanpa sebarang gangguan.