Loader
BOOK AN APPOINTMENT
MSU
SAKIT LUTUT - RADANG SENDI (OSTEOARTRITIS)

Sakit Lutut - Radang Sendi (Osteoartritis)


Sakit lutut dan berbunyi adalah persoalan yang sentiasa diajukan oleh sebilangan pesakit untuk lebih mengetahui apakah punca sebenar masalah ini terjadi. Bahkan ada juga sebilangan yang menganggap sakit lutut itu hanyalah perkara biasa sahaja dan mengabaikannya. Sekiranya kesakitan yang dialami pada sendi lutut itu tidak dirawat dengan sebaiknya ia akan menjadi lebih teruk serta mampu menjejaskan kualiti kehidupan pesakit.

Lutut yang sakit terutama ketika berjalan atau melakukan aktiviti lasak dan disertai dengan bunyi yang dipanggil ‘crepitus’ dalam istilah perubatan adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami osteoartritis (OA). Osteoartritis merupakan penyakit sendi kronik yang berlaku akibat daripada kerosakan pada tulang rawan. Keadaan ini akan menyebabkan sendi yang berkenaan menjadi sakit, bengkak dan pergerakannya juga terbatas. Osteoartritis boleh berlaku pada mana-mana bahagian sendi tetapi ianya lebih kerap berlaku pada sendi lutut, sendi pinggul dan pergelangan kaki.

                                            ​​​​​​​

Bagaimanakah osteoarthritis ini berlaku?

Osteoartritis ini berlaku apabila berlaku kehausan pada bahagian tulang rawan yang disebabkan oleh proses ‘degenerative’ atau ‘wear and tear’. Kehausan pada tulang rawan ini diikiuti dengan penyempitan ruang sendi serta kekeringan cecair sendi dimana ia akan menyebabkan geseran berlaku di antara tulang-tulang yang membentuk sendi tersebut dan menghasilkan bunyi ‘crepitus’ yang boleh didengari ketika pergerakan sendi.

Jika tidak dirawat, proses ini akan berterusan dan sendi tersebut akan menjadi semakin sempit dan akan membengkok malah ia akan menyukarkan pesakit untuk berjalan, mencangkung, berdiri untuk jangkamasa yang lama, menaiki atau menuruni tangga serta tidak dapat mendirikan solat dengan sempurna.

Di antara faktor-faktor risiko yang dikenalpasti boleh dikategorikan kepada faktor tidak boleh ubah dan faktor boleh ubah.

Faktor risiko yang tidak boleh ubah adalah seperti:

Faktor risiko yang boleh ubah adalah seperti:

Antara tanda-tanda lain Osteoartritis adalah seperti:

Sekiranya anda mempunyai satu atau kesemua tanda-tanda diatas, anda haruslah segera mendapatkan rawatan sebelum keadaan menjadi teruk.

Secara amnya rawatan untuk penyakit Osteoartritis ini boleh dibahagikan kepada tiga kategori iaitu rawatan ubatan serta fisioterapi, suntikan intra-artikular serta rawatan pembedahan.

Rawatan ubatan seperti ubat penahan sakit, ubat anti radang dan supplement seperti Glucosamine dan Chondroitin serta rawatan fisioterapi dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan pada peringkat awal.


Article by: Dr Ruzaimi Md Yusoff, Consultant Orthopaedic Surgeon