Loader
BOOK AN APPOINTMENT
MSU
PENGGANTIAN SENDI LUTUT

Penggantian Sendi Lutut


Tindakan mengabaikan kesakitan yang dialami akan menjejaskan kualiti kehidupan seseorang terutama bagi pesakit yang mengalami osteratritis pada peringkat yang sudah teruk, pembedahan penggantian sendi lutut atau Total Knee Replacement (TKR) merupakan satu pilihan yang terbaik buat mereka.

Kesakitan ini adalah disebabkan kerosakan dan kehausan pada bahagian sendi lutut akibat proses ‘wear and tear’ terutama bagi mereka yang telah berusia. 

TKR merupakan satu prosedur pembedahan yang dilakukan bagi menggantikan sendi lutut yang haus, berpenyakit atau yang sudah rosak. Sendi tersebut akan digantikan dengan sendi palsu dan pembedahan ini akan dapat mengurangkan kesakitan yang dialami seterusnya memudahkan pergerakan terutama untuk pesakit menguruskan diri mereka sendiri.

Mengapakah TKR disyorkan kepada anda?

TKR biasanya dilakukan ke atas pesakit yang mengalami Osteoartritis pada peringkat yang sudah teruk. Pesakit akan mengalami kesakitan yang berpanjangan, kekakuan dan bengkok pada sendi lutut.

Apakah kebaikannya kepada anda?

Dengan pembedahan TKR, pergerakan sendi lutut tersebut akan kembali menjadi lancer, lutut kembali lurus, sakit akan berkurangan dan penggunaan sendi tersebut akan menjadi lebih sempurna dan selesa.

Pembedahan TKR akan dijalankan ke atas individu yang telah mencuba rawatan tanpa pembedahan seperti ubat-ubatan dan fisioterapi tetapi tidak menunjukkan perubahan dan masih mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan sakit yang berpanjangan.

​​​​​​​


Siapakah yang memerlukan pembedahan TKR?

Apakah langkah seterusnya jika anda mengalami simptom-simptom diatas?

Sebelum sebarang prosedur dilakukan, pesakit akan dinilai bagi memastikan keadaan kesihatan mereka berada pada tahap optimum. Beberapa ujian Radiologi dan makmal akan dijalankan seperti melakukan ujian darah, ECG, X-ray dada dan lutut serta MRI pada bahagian lutut (jika perlu).


INFO PENTING:

Walaupun tulang sendi lutut yang rosak akibat Osteoarthritis tidak dapat dipulihkan kembali kepada keadaan asal, namun dengan melakukan prosedur TKR, ia mampu mengatasi kesakitan yang dialami pesakit.