Loader
BOOK AN APPOINTMENT

Myringotomy


Apakah itu Myringotomy?
Myringotomy merupakan salah satu prosedur yang paling kerap dilakukan oleh pakar bedah telinga hidung dan tekak. Prosedur ini melibatkan satu proses memasukkan satu tiub kecil yang dipanggil grommet pada gegendang telinga. Grommet ialah satu tiub kecil berbentuk silinder yang biasanya diperbuat dari plastik.

Bilakan prosedur ini perlu dilakukan?
Ia dilakukan bagi merawat pesakit yang mempunyai masalah cecair yang terbentuk didalam telinga (middle ear effusion atau glue ear). Cecair ini terbentuk didalam telinga akibat daripada kegagalan fungsi saluran yang menyambungkan telinga tengah kebelakang hidung. Saluran ini dikenali sebagai Tiub Eustachian yang membolehkan udara dari belakang hidung masuk ketelinga tengah bagi membolehkan tekanan dalam telinga tengah dan telinga luar sama serta menghalang pembentukan cecair dalam telinga tengah.


Ini penting bagi memastikan gegendang telinga dapat bergetar secara optimum. Sekiranya saluran ini tersumbat, tekanan dalam telinga tengah turun dan pembentukan cecair berlaku dalam telinga tengah. Cecair ini menghalang gegendang telinga berfungsi dengan normal dan seterusnya menyebabkan kurang pendengaran.

Kaedah rawatan yang digunakan
Pada kebiasaannya ia banyak berlaku dikalangan kanak-kanak. Kaedah yang digunakan adalah dengan menggunakan mikroskop atau endoskop dan satu hirisan kecil dibuat pada gegendang telinga dan cecair dalam telinga tengah dialirkan keluar. Tiub grommet kemudiannya diselit pada gegendang telinga. 


Tips penjagaan selepas pembedahan:
• Dinasihatkan agar tidak menghembus hidung dengan kuat.
• Penting juga untuk memastikan air tidak masuk kedalam telinga
• Tiub ini biasanya keluar dengan sendirinya selepas 2 hingga 6 bulan