Loader
BOOK AN APPOINTMENT
MSU
DIABETIS MENYEBABKAN KEROSAKAN BUAH PINGGANG

Diabetis Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang


Majoriti kegagalan buah pinggang dikalangan rakyat Malaysia adalah akibat diabetes. Apabila seseorang pesakit didapati menghidap diabetes, tisu buah pinggang, terutamanya unit penapis glomerulus yang terdedah kepada persekitaran darah dengan paras glukosa tinggi akan 'terluka". Akibat daripada keadaan tersebut sel-sel parut atau fibrosis yang tidak berfungsi seperti sel asal glomerulus akan menggantikan tempat tisu yang luka. Keaadaan 'semulajadi' ini adalah irreversible, atau tidak mungkin pulih seperti sedia kala.

Faktor risiko penghidap penyakit buah pinggang kronik:

1. Faktor Risiko Tidak Boleh Ubah

2.  Faktor yang meningkatkan kebarangkalian mendapat diabetes

Sentiasa terdedah kepada paras gula yang tinggi akibat diet dan AKI (Acute Kidney Injury), iaitu kegagalan buah pinggang yang berlaku secara tiba-tiba samaada disebabkan oleh jangkitan kuman, batu karang dan sebagainya.

3. Faktor risiko yang sedia diketahui umum
Paras gula dalam darah yang sentiasa tinggi dan tekanan darah tinggi.

4. Faktor risiko yang boleh diubah
Gaya hidup yang tidak sihat seperti kurang bersenam, masalah obesiti dan diet yang tinggi kandungan gula contohnya air berkarbonat.


NOTA PENTING!
Lebih tinggi protein dalam urin pesakit akan lebih tinggi kebarangkalian buah pinggang pesakit akan rosak dan memerlukan rawatan dialisis.