Pemeriksaan Kesihatan Percuma: Kesejahteraan Anda Dan Keluarga Keutamaan Kami
Pemeriksaan kesihatan amat wajar dilakukan untuk memastikan kesihatan sentiasa berada dalam keadaan baik. Ramai beranggapan bahawa diri mereka cukup sihat dan tidak perlu menjalani pemeriksaan kesihatan yang mungkin akan memberikan kesan yang buruk kepada diri sendiri untuk jangka masa yang panjang apabila terlewat untuk mengesan sebarang gejala atau tanda-tanda jika hakikatnya mereka menghidapi sesuatu penyakit serius.
MSU Medical Centre (MSUMC) prihatin dan komited menjalankan usaha kerjasama dalam mempromosikan budaya dan gaya hidup sihat di samping memastikan kesejahteraan masyarakat terjamin menerusi Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma bersama Komuniti (Me-Aware) bersama TESCO Shah Alam bertempat di ruang legar tingkat 2.
Antara pemeriksaan kesihatan yang dijalankan adalah seperti pemeriksaan glukosa, pemeriksaan tahap kolestrol, ujian tekanan darah dan pemeriksaan asas mata.
Ia merupakan salah satu inisiatif MSUMC dalam menjalankan tanggungjawab sosial terhadap komuniti dan masyarakat selain menawarkan pakej asas mahupun komprehensif yang istimewa khusus untuk meningkatkan kesejahteraan serta sokongan kepada orang awam dalam menangani masalah berkaitan kesihatan.