Punca-punca penyakit buah pinggang

Penyakit buah pinggang adalah krisis kesihatan global dengan 16% daripada populasi dunia atau 2.6juta pesakit memerlukan rawatan dialisis(Berita Harian, Jun 2022). Penyakit Buah Pinggang Kronik (CKD) di Malaysia kini menjadi semakin biasa dalam golongan muda.

Gejala penyakit buah pinggang selalunya tidak begitu ketara, dan kelihatan seperti simptom penyakit lain. Antara simptom yang biasa dialami adalah seperti kencing berbuih, bengkak pada bahagian kaki atau buku lali, kekejangan otot, loya dan mengantuk.

Punca-punca penyakit buah pinggang adalah berbeza mengikut keadaan individu tersebut dan kebiasaanya ia berpunca daripada masalah kesihatan yand sedia ada. Berikut adalah antara punca penyakit buah pinggang.

Diabetes (Kencing Manis) Paras gula yang tinggi dalam darah boleh merosakkan saluran darah dalam buah pinggang dan menyebabkan (CKD). Kerosakan buah pinggang boleh berlaku dalam kedua-dua jenis diabetes iaitu jenis 1 dan 2.
Hipertensi (Tekanan Darah Tinggi) Tekanan darah tinggi yang selalunya diiringi dengan masalah kardiovaskular boleh merosakan saluran darah dalam buah pinggang
Penyakit Buah Pinggang Polisistik (PKD) PKD adalah masalah genetik yang kebiasaanya diketahui melalui imbasan buah pinggang. Dalam PKD, sista yang wujud dalam buah pinggang akan menjejaskan fungsi buah pinggang dan membawa kepada CKD.
Sistemik Lupus Erythemous (SLE) SLE sering dirujuk sebagai lupus iaitu penyakit autoimun yang sering berlaku dalam kalangan wanita muda. Lupus menyebabkan sistem imun badan menyerang tisu dan organ sendiri. Keadaan ini dikenali sebagai Lupus Nefritis, dimana ia boleh menyebabkan CKD. Bagi mereka yang mengalami Lupus Nefritis, amatlah digalakkan membuat pemeriksaan buah pinggang dengan kerap. Hal ini adalah kerana Lupus Nefritis tidak akan menunjukkan sebarang gelaja pada peringkat permulaan.
Glomerulonephritis Ini adalah keadaan merujuk kepada glomeruli, atau kelompok pelapis kecil di dalam buah pinggang menjadi radang. Ia boleh menyebabkan kehadiran protein dan sel darah dalam air kencing. Glomerulnephritis juga boleh mengganggu organ lain selain dari buah pinggang.
Pyelonephritis Kronik Merujuk kepada kerosakkan buah pinggang disebabkan oleh jangkitan saluran kencing dan keradangan buah pinggang yang berulang. Ini boleh menyebabkan CKD dan kerosakan buah pinggang yang progresif.

Selain dari masalah kesihatan sedia ada, fakto risiko lain juga perlu diambil kira. Hal ini kerana ia juga menjadi punca penyakit buah pinggang. Antara faktor risiko lain adalah seperti berikut.

Obesiti Indeks jisim badan (BMI) yang tinggi akan meningkatkan keperluan metabolism badan dan menyebabkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis sisa. Peningkatan beban pada buah pinggang untuk satu jangka masa yang panjang boleh meninggikan risiko kerosakkan buah pinggang. Berat badan yang tidak terkawal juga boleh membawa kepada risiko diabetes dan hipertensi.
Merokok Merokok boleh menyebabkan kerosakan pada salur darah yang membawa kepada masalah sakit jantung. Jantung atau salur darah yang rosak, boleh mengurangkan aliran darah ke buah pinggang, menyebabkan kerosakan.
Usia yang lanjut Orang yang berumur 60 tahun ke atas lebih berisiko untuk mendapat penyakit buah pinggang kronik.
Genetik Penyakit genetik seperti penyakit buah pinggang polisistik (PKD) boleh menyebabkan CKD.
Pengambilan ubat yang tidak terkawal Penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) yang biasa dikenali sebagai ubat tahan sakit dan ubat-ubat lain secara tidak terkawal dalam satu jangka masa yang panjang boleh menjejaskan keadaan dan fungsi buah pinggang.

Oleh yang demikian, pengesanan awal penyakit buah pinggang amatlah penting kerana ia mungkin dapat mencegah kegagalan buah pinggang atau komplikasi yang lebih serius. Pemeriksaan kesihatan secara berkala adalah amat disarankan untuk memastikan tahap kesihatan yang baik