Pendarahan Haid Yang Tidak Normal

Apa itu Menorrhagia? 
Menorrhagia adalah di mana seseorang wanita itu mengalami pendarahan darah haid yang terlampau banyak kuantitinya dan berlaku dalam masa yang berpanjangan.

Apakah punca Menorrhagia?
Di antara sebab-sebab yang boleh dikenalpasti adalah:

  • Gangguan hormon menyebabkan pendarahan rahim
  • Polip pangkal rahim atau rahim (ketumbuhan bukn kanser dari selaput rahim atau serviks)
  • Endometriosis (selaput dalam rahim yang terdapat di luar rahim secara tidak normal)
  • Fibroid (ketumbuhan dari otot rahim)
  • Kekurangan atau berlebihan rembesan hormon tiroid dari kelenjar tiroid

Sebab-sebab lain:

  • Akil baligh atau permulaan haid
  • IUCD (Alat mencegah kehamilan di dalam rahim)
  • Cystic glandular hyperplasia (masalah selaput rahim yang tebal)
  • Penyakit radang pelvis (PID) yang kronik
  • Sindrom Polycystik Ovari (PCOS)

Sebab-sebab yang jarang:

  • Masalah kelenjar pituitary
  • Penyakit hati atau ginjal
  • Penyakit darah
  • Kanser Endometrium (kanser selaput rahim)
  • T.B. endometrium (T.B. selaput rahim)

Apakah rawatannya?
Rawatan bagi menorrhagia bergantung kepada sesuatu keadaan. Antara rawatan yang digunakan seperti:

  1. Ubat-ubatan (medical therapy): hormon, ubat bagi membekukan darah, ubat menipiskan ketebalan dinding rahim.
  2. Pembedahan: D&C (mengambil sampel tisu dinding rahim, operation buang fibroid, buang rahim, laser untuk membakar dan menipiskan dinding rahim (endometrial ablation)
  3. Radiological: Uterine artery embolisation untuk fibroids

 

INFO TAMBAHAN:
Sesetengah ubat-ubatan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak seperti ubat yang boleh mencairkan darah atau rawatan kimoterapi (untuk kanser).